Wednesday, December 07, 2011

Sup Daging, Restaurant Sururi

Restauran Siruri, Berdekatan dengan Masjid Jamek Alam Shah. 
Dari bulatan Kampung Pandan, exit ke arah Jalan Cochrane, terus nampak banner restaurant.  Restaurant akan berada sebelah kanan... 
Lunch hour. Ramai yang datang nak jamu sup daging yang best

Bahagian air. Air Barli, air nenas (specialty)  dan air suam boleh ambil sendiri di kaunter air. Nak order air pun ada..

Untuk sup daging/tulang, kita kena beratur ambil sendiri kat kaunter sup. Sup pun boleh tapau  bawa balik
Harga: Sup Daging RM 5 (kalau tapau RM 6)


Ceria ;)
Selain nak makan sup, lauk-lauk lain pun ada

Ruang makan yang baru di upgrade. bagus juga ada kipas.... sejukk sikit bila pekena sup panas-panas.... :)

Nak makan sup tulang pun boleh...

Periuk sup yang besar !!

kalau tak nak makan dengan nasi, boleh buat mee hun sup,  mee sup atau kuey teow sup. Mix and Match  pun boleh
Abang sup... :)
huuhu... nikmat air nenas... RM 1 . Susah nak dapat kat tempat lain...
tadaaaa !! :) menyelerakan.... yummmmmmmmmm 

makan sup tulang ni dengan nasi putih dan sambal belacan.... perrgghhh.. terangkat !! hehe...
makan dengan kicap cecah + perahan limau + sambal belacan... huhu... terliuq baca ni.. ;)
lagi la pekena dengan air nenas yang manis-manis kuku... hehe...
sangat nikmat.... Alhamdulillah...
kalau hari Khamis, (if tak silap) ada sup kambing... ni tak pernah rasa lagi....
parking space agak limited.  Kalau nak park boleh park bawah flyover, opposite kedai nih...
tapi Sabtu dan Ahad kedai ni tutup.. jadi, kalau nak makan masa weekdays  sahaja...
bayar di kaunter ye... ;)

thanks to En. Fifian perkenalkan kedai ni.. :)
Mana nak jumpa kedai sup tulang waktu makan tengah hari kat kl ni... kan?

marvelous lah !!

1 thoughts shared:

absolutely emy said...

sedapnyer.. bila nak pegi lagi nih???